Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Chengal telah mula dibina sejak pertengahan tahun 2003 dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2005. Ia terletak kira-kira 1.5 km dari Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu dan lebih kurang 18 km dari bandar Kota Bharu.

Nama SMK Kampong Chengal adalah sempena nama kampungnya iaitu Kampong Chengal. Chengal adalah sepohon pokok yang terkenal kerana ia kukuh dan bernilai tinggi.

SMKKC telah mula beroperasi pada 1 JANUARI 2006 dengan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan satu yang dipilih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dan juga dari sekolah-sekolah saluran iaitu SK Raja Abdullah dan SK Kampong Chengal.

Pengetua perintis SMKKC ialah Pn. Hjh. Faridah bt Che Hussin dan dibantu oleh Pn. Hjh. Maizan bt Mohd Nor (PK Pentadbiran), Tn. Hj. Mat Harun b Ab Rahman (PK Hal Ehwal Murid) dan En. Achmy b Awang (PK Kokurikulum). Pentadbiran dan pengurusan sekolah ini pula dibantu oleh barisan guru perintis seramai 22 orang serta seorang kaunselor pelajar iaitu En. Wan Solihin b Wan Hassan.

Bangunan SMKKC yang tersergam indah ini terdiri daripada 1 blok bangunan Pentadbiran, 5 blok bangunan bilik darjah dan makmal, sebuah dewan, kantin dan musalla, 2 blok asrama, iaitu 1 blok aspura dan 1 blok aspuri serta sebuah padang permainan.

Justeru itu, Pengetua dan barisan Penolong Kanan serta guru - guru secara berterusan bertungkus lumus untuk membangunkan dan memantapkan pengurusan sekolah ini. Harapan yang tinggi disandarkan kepada pengurusan SMKKC agar dapat menjadikan sekolah ini seutuh, sehebat dan segagah Pokok Chengal.

0 komen:

Post a Comment

 

BlogMaster

BlogMaster

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, akhirnya CHENGAL ONLINE ini dapat menjadi tatapan semua sejak September 2009 walaupun ia masih dalam proses kemaskini dan naik taraf.

Semenjak blog ini mula beroperasi, saya selaku blogmaster telah mendapat pelbagai jenis maklum balas sama ada cadangan, komen atau lain-lain kritikan. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung, para guru dan para pelajar yang telah memberikan segala maklum balas yang positif mahupun negatif. Teruskan sokongan anda!


BlogMaster
TeacherNurul

Mutiara Kata

GMail

Copyright © 2009 CHENGAL ONLINE

PENAFIAN :

SMK Kampong Chengal tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini.
KREDIT WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template