Showing posts with label Mengenai Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Mengenai Sekolah. Show all posts

Piagam Pelanggan

BAHAWASANYA KAMI GURU- GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG CHENGAL

DENGAN PENUH TEKAD DAN BERILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI

AKAN BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERMUTU

SEPERTI BERIKUT:


  • Menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik para pelajar secara adil dan saksama.


  • Meningkatkan kualiti dalam pencapaian kurikulum

  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran dengan cepat dan bermutu


  • Bertindak segera terhadap segala arahan KEMENTERIAN, JPN dan PPD.


  • Berusaha memantapkan disiplin pelajar ke tahap sifar.


  • Membimbing dan menerapkan nilai- nilai Islam serta nilai- nilai murni kepada pelajar ke tahap optimum.


  • Mewujudkan hubungan mesra dan kasih sayang di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.


  • Memberi peluang kepada semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum.

  • Membimbing dan membantu pelajar yang berpotensi di dalam bidang ko-kurikulum ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Menjalin hubungan mesra dengan masyarakat sekitar.



Continue Reading...

Lagu Sekolah

SEGAGAH CHENGAL




Sederap dan selangkah


SMK Kampong Chengal gagah


Setiap cabaran diredah


Tanpa menyerah kalah




Komprehensif intelektual integriti


Pemacu cita- cita kami


Komitmen keyakinan berdikari


Pembelajaran bestari



(Chorus
)


Syukuri nikmatmu Tuhan


Jasa guru budiman


Cemerlang gemilang terbilang


Wawasan pembangunan



Segagah cengal kamilah juara


Sekuat cengal kamilah perwira


Seutuh tekad yang membara


Seharum namamu di persada.


SMK Kampong Chengal gemilang





Ciptaan :


Tn Hj. Yasin Awang
Continue Reading...

Bendera Sekolah

Bendera Sekolah
Continue Reading...

Logo Sekolah


Rahal dan Al- Quran

Melambangkan agama menjadi asas kehidupan insan



Struktur Atom

Melambangkan kepentingan sains dan teknologi masa kini.



Dunia

Melambangkan ICT merupakan satu keperluan sejagat.



Pokok Chengal

Melambangkan kekuatan dan keteguhan yang tidak boleh digugat



Warna Merah

Bersemangat waja



Warna Biru

Perpaduan berbilang kaum di Malaysia



Warna Putih

Kesucian, keluhuran dan keimanan



Warna Kuning

Ketuanan Melayu







Continue Reading...

Halatuju Sekolah

Moto Sekolah

Komprehensif, Integriti, Intelektualiti


Visi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Chengal bertekad akan
memartabatkan sekolah sebagai sebuah sekolah
separa kawalan
yang utuh, berkualiti dan ternama
menjelang tahun 2016


Misi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Chengal bertekad untuk dan beriltizam untuk merealisasikan visi sekolah dengan melaksanakan :

  • Khidmat pendidikan yang berkualiti sihat dan cergas daripada segi fizikal dan mental
  • Penerapan nilai- nilai Islam dan nilai- nilai murni bagi membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan berdaya saing.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang mantap dan berkemahiran ICT dengan tidak
    meminggirkan Bahasa Melayu.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria sesuai dengan konsep sekolah dalam taman.








Continue Reading...

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Chengal telah mula dibina sejak pertengahan tahun 2003 dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2005. Ia terletak kira-kira 1.5 km dari Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu dan lebih kurang 18 km dari bandar Kota Bharu.

Nama SMK Kampong Chengal adalah sempena nama kampungnya iaitu Kampong Chengal. Chengal adalah sepohon pokok yang terkenal kerana ia kukuh dan bernilai tinggi.

SMKKC telah mula beroperasi pada 1 JANUARI 2006 dengan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan satu yang dipilih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dan juga dari sekolah-sekolah saluran iaitu SK Raja Abdullah dan SK Kampong Chengal.

Pengetua perintis SMKKC ialah Pn. Hjh. Faridah bt Che Hussin dan dibantu oleh Pn. Hjh. Maizan bt Mohd Nor (PK Pentadbiran), Tn. Hj. Mat Harun b Ab Rahman (PK Hal Ehwal Murid) dan En. Achmy b Awang (PK Kokurikulum). Pentadbiran dan pengurusan sekolah ini pula dibantu oleh barisan guru perintis seramai 22 orang serta seorang kaunselor pelajar iaitu En. Wan Solihin b Wan Hassan.

Bangunan SMKKC yang tersergam indah ini terdiri daripada 1 blok bangunan Pentadbiran, 5 blok bangunan bilik darjah dan makmal, sebuah dewan, kantin dan musalla, 2 blok asrama, iaitu 1 blok aspura dan 1 blok aspuri serta sebuah padang permainan.

Justeru itu, Pengetua dan barisan Penolong Kanan serta guru - guru secara berterusan bertungkus lumus untuk membangunkan dan memantapkan pengurusan sekolah ini. Harapan yang tinggi disandarkan kepada pengurusan SMKKC agar dapat menjadikan sekolah ini seutuh, sehebat dan segagah Pokok Chengal.
Continue Reading...
 

BlogMaster

BlogMaster

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, akhirnya CHENGAL ONLINE ini dapat menjadi tatapan semua sejak September 2009 walaupun ia masih dalam proses kemaskini dan naik taraf.

Semenjak blog ini mula beroperasi, saya selaku blogmaster telah mendapat pelbagai jenis maklum balas sama ada cadangan, komen atau lain-lain kritikan. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung, para guru dan para pelajar yang telah memberikan segala maklum balas yang positif mahupun negatif. Teruskan sokongan anda!


BlogMaster
TeacherNurul

Mutiara Kata

GMail

Copyright © 2009 CHENGAL ONLINE

PENAFIAN :

SMK Kampong Chengal tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini.
KREDIT WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template