Zakat Pengikat Kasih

Zakat fitrah merupakan gabungan dua perkataan iaitu zakat dan fitrah. Zakat membawa maksud menyucikan, manakala fitrah merupakan tabiat manusia yang suci bersih. Justeru, daripada sifat manusia yang suci dan ikhlas dalam menghulurkan hartanya, maka timbullah sifat kasih dan rahmat sesama insan.

Zakat merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan dengan perbuatan dan tidak memadai dengan hanya percaya semata-mata. Ia merupakan suatu sistem tanggungjawab sosial ke atas orang Islam yang merdeka di mana harta yang dimilikinya melebihi daripada keperluan asas. Pemberian itu adalah wajib bagi diri setiap orang yang beragama Islam yang sempat hidup walau seketika di bulan Ramadhan.

Hadis Rasulullah s.a.w dari Anas Ibn Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Puasa hamba itu tergantung antara langit dan bumi sehingga tertunainya zakat fitrah. Apabila telah menunaikan zakat, Allah akan datangkan padanya 2 kepak lalu menerbangkan kepak itu hinggga langit ke 7 dan Allah menjadikan lampu-lampu ‘Arasy itu bersinar hingga waktu pagi”.

Zakat mempunyai banyak kelebihannya antaranya dapat menyucikan jiwa daripada sifat tamak, bakhil, kedekut, hasad dengki dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat melahirkan sifat terpuji di dalam jiwa insan seperti tidak mementingkan diri dan dalam masa yang sama dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Dan telah diriwayatkan, bahawa Uthman bin Affan r.a terlupa menunaikan zakat fitrahnya sebelum solat, maka dia memberikan tebusan (kifarat) dengan memerdekakan seorang hamba. Kemudian Nabi s.a.w datang, maka dia (Uthman) berkata: “Ya Rasulullah, aku terlupa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya dan aku telah memberikan kifaratnya dengan memerdekakan seorang hamba” Maka Nabi s.a.w bersabda: “Kalau sekiranya engkau ya Uthman, memerdekakan 100 hamba, maka belumlah sama dengan pahala zakat fitrah sebelum solat hari raya”.

Hukum memberi zakat adalah berbeza mengikut waktu-waktunya. Iaitu ianya menjadi wajib setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Manakala bermula dari awal Ramadhan hingga sebelum tenggelamnya matahari hukumnya adalah harus.

Hukum mengeluarkan zakat menjadi makruh apabila ia ditunaikan selepas solat hari raya hingga terbenamnya matahari. Zakat fitrah sunat dikeluarkan sebelum solat hari raya dan kewajipannya tidak gugur dengan melewatkannya. Terdapat amaran keras yang diberikan Rasulullah s.a.w sepertimana hadis dari Abdullah r.a yang bermaksud:

“Sesiapa yang mendirikan solat dan tidak menunaikan zakat, maka ia bukan Islam dan tidak manfaat amalan atau pekerjaannya”.

Kadar zakat yang ditetapkan ialah setengah sha’ atau 2.4kg dari gandum atau satu sha’ dari tamar atau anggur. Satu sha’ itu sama dengan lapan kati atau 4.8kg. Membayar zakat dengan nilaian wang dibolehkan sebagaimana difatwakan, kerana yang demikian itu lebih memenuhi kepada hajat orang fakir. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memberikan zakat fitrah, maka syurga baginya, dan tiap-tiap biji atau butir diberikan dibalas dengan 70 ribu istana yang panjang. Panjang tiap-tiap istana itu sejauh antara timur dan barat”.

Sesungguhnya mengeluarkan zakat itu begitu besar ganjarannya. Ini kerana di samping menunaikannya sebagai suatu kewajipan, ianya juga merupakan suatu amalan yang dapat mengikat kasih sayang sesama insan. Oleh itu, ‘yang lebih’ dapat meringankan beban bagi ‘yang kurang’. Daripada sinilah wujudnya perasaan tanggungjawab sosial terhadap sesama insan yang sangat-sangat dititikberatkan di dalam agama kita.

0 komen:

Post a Comment

 

BlogMaster

BlogMaster

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, akhirnya CHENGAL ONLINE ini dapat menjadi tatapan semua sejak September 2009 walaupun ia masih dalam proses kemaskini dan naik taraf.

Semenjak blog ini mula beroperasi, saya selaku blogmaster telah mendapat pelbagai jenis maklum balas sama ada cadangan, komen atau lain-lain kritikan. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung, para guru dan para pelajar yang telah memberikan segala maklum balas yang positif mahupun negatif. Teruskan sokongan anda!


BlogMaster
TeacherNurul

Mutiara Kata

GMail

Copyright © 2009 CHENGAL ONLINE

PENAFIAN :

SMK Kampong Chengal tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini.
KREDIT WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template