BAHANA DADAH DURJANA

Dadah,

Tika dulu kau bagai penawar,

Mengukir sejarah di bidang perubatan,

Penyelamat nyawa tika kesakitan.


Namun kini,

Martabatmu begitu hina,

Kau hadir bak najis semata,

Kau hanyalah pemusnah,

Generasi dunia.


Dadah,

Kau umpama racun yang mengalir,

Dalam pembuluh darah,

Bagai racun yang ditusuk ke tulang,

Perit….

Pedih…


Dadah,

Kau durjana,

Hadirmu membawa derita,

Khayalan sementara Cuma,

Imaginasi dusta di bumi nyata,

Membawa kesedihan,

Mengundang derita sengsara,

Dan mengusung kematian…..


Lihatlah sekeliling kita,

Betapa saban hari pasti ada saja,

Harapan serta nusa bangsa yang rebah.


Tak memadai sekadar keluhan,

Apatah lagi jelingan serta cemuhan,

Yang jatuh dan yang rebah itu,

Adalah anak watanmu.


Untukkan sedikit masa emasmu,

Kerana mereka memerlukanmu,

Tersesat mereka di hujung jalan,

Marilah bersama memberi bimbingan.

Tak daya mengawali diri,

Lantaran terlalu menurut kata hati,

Mereka bagaikan kehilangan,

Pedoman di masa depan.


Kawanku semua,

Usia muda hanya sekali,

Gejala dadah mari kita jauhi,

Agar jiwa tidak dicemari,

Hadapi cabaran bakal mennanti.


Duhai sahabat semua,

Janganlah kau pandang racun yang jijik lagi jelik itu,

Kita adalah pemimpin kemudian hari,

Nama negara dijulang tinggi.


Wahai rakanku,

Walau di mana kita berada,

Berwaspadalah,tabahlah,

Dalam menghadapi dugaan ini,

Agar kita kekal bersih dan suci hingga ke akhirnya.




Sumber:
R1-R4:Diambil dari sajak untuk pertandingan sajak anjuran SLAT

R5-R7:Dipetik dari lagu MEREKA YANG REBAH

R8-R9:Dicipta oleh TUAN ASYRAF JAUHARI BIN TAN ALI (2 IBS)


Dikirim oleh :
TUAN ASYRAF JAUHARI BIN TAN ALI (2 IBS)

0 komen:

Post a Comment

 

BlogMaster

BlogMaster

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, akhirnya CHENGAL ONLINE ini dapat menjadi tatapan semua sejak September 2009 walaupun ia masih dalam proses kemaskini dan naik taraf.

Semenjak blog ini mula beroperasi, saya selaku blogmaster telah mendapat pelbagai jenis maklum balas sama ada cadangan, komen atau lain-lain kritikan. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung, para guru dan para pelajar yang telah memberikan segala maklum balas yang positif mahupun negatif. Teruskan sokongan anda!


BlogMaster
TeacherNurul

Mutiara Kata

GMail

Copyright © 2009 CHENGAL ONLINE

PENAFIAN :

SMK Kampong Chengal tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini.
KREDIT WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template