PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN EMPAT TAHUN 2010 SEMENANJUNG MALAYSIA

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga warganegara Malaysia yang layak
untuk kemasukan ke MRSM tingkatan empat tahun 2010.

sumber : www.mara.gov.my


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :


1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2009.


B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) :


1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.

2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

NOTA :

1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.

2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.

5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama

C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.


D. CARA MEMOHON KATALALUAN :



1. Pemohon boleh mendapatkan katalaluan (secara percuma) di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009. Pemohon boleh mengisi borang permohonan online mulai tarikh tersebut.

2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2009, yang disahkan benar, semasa mendapatkan katalaluan.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.


E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :



1. Borang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat lewatnya pada 25 Oktober 2009.

2. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.


CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA.

0 komen:

Post a Comment

 

BlogMaster

BlogMaster

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, akhirnya CHENGAL ONLINE ini dapat menjadi tatapan semua sejak September 2009 walaupun ia masih dalam proses kemaskini dan naik taraf.

Semenjak blog ini mula beroperasi, saya selaku blogmaster telah mendapat pelbagai jenis maklum balas sama ada cadangan, komen atau lain-lain kritikan. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung, para guru dan para pelajar yang telah memberikan segala maklum balas yang positif mahupun negatif. Teruskan sokongan anda!


BlogMaster
TeacherNurul

Mutiara Kata

GMail

Copyright © 2009 CHENGAL ONLINE

PENAFIAN :

SMK Kampong Chengal tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini.
KREDIT WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template